Mimpi seram
MIMPI
Hari ini bersamaan 17/7/22, aku telah bermimpi tentang sebuah bencana yang menerjang tempat tinggalku. Awal mimpiku bermula, ketika itu aku dan keluargaku sedang bersantai di halaman rumah seperti kebiasaannya. Aku dan ibuku duduk santai di bangku kayu didampingi abang dan kakakku di sisi kiri kami sedang bermain badminton. Oh ya, waktu ini berada di kisaran jam 5 ke 6 petang.
Ayah dan abang aku yang nombor 3 sedang menanam pokok kelapa di belakang. Maklumlah setelah membersihkan tanah tersebut, hendaklah ditanam dengan tumbuhan yang lain. Cerita utama bermula dari waktu ni. ketika bersantai-santai di waktu petang dengan secangkir teh. Tiba-tiba kami diterjang angin ribut yang sangat kuat, kami berasa takut ketika ini berlaku maklumlah kawasan kami tidak pernah berlaku sedemikian rupa.
Kami semua berlari masuk ke dalam rumah, berharap mendapat sedikit perlindungan. Tapi sangkaan kami salah sama sekali, ribut yang bergitu kuat telah menerbangkan rumah kami. Ketika itu, fikiran ku menjadi kacau. Tidak karuan ingin melakukan apa, dalam keadaan tertegun ribut yang datang tiba-tiba berhenti sejenak. Kami menjadi lebih tenang setelah situasi tersebut, ketika kami semua berkumpul ditengah tapak rumah yang telah hilang rumahnya, tanah tiba-tiba bergetar kuat. Amarah tanah menyebabkan tanah merekah sehingga membentuk kawah berbantuk bulat di jalan utama.
Situasi kampung halaman ku ketika itu ibarat kawanan ayam lari menghindari pemangsa mereka. Kami melihat situasi itu lari bersama warga ke kawasan yang dituju semua orang. Ketika berada di dalam dewan besar serbaguna di tempat itu, kami semua menundukkan badan dengan tangan kami melindungi kepala dari hantaman batu kecil yang jatuh dari atas. Bagi aku situasi tersebut layak dikatakan kiamat. Manakan tidak ribut yang menghancur luluh lantarkan rumah kami, diikuti tanah pijakan kami hancur berkeping. Kami dalam keadaan ancaman kematian ketika itu.
Ketika kami dalam keadaan berputus asa, tiba-tiba situasi menjadi hening dan tenang. Goncangan yang begitu kuat hilang seketika, kami bangun perlahan dari posisi awal kami. Ketika kami keluar dari bangunan tersebut. Kami melihat cahaya yang begitu terang memancar ke tanah memperlihatkan kesan goncangan tanah tersebut. Tanah tidak lagi disebut tanah tapi disebut kawah, lobang besar memenuhi kawasan tersebut. Ketika melihat lubang tersebut, aku menjadi mual ketika mendapati aku tidak hujung lubang tersebut. Kami beramai-ramai berjalan ingin pindah ke lokasi yang lain.
Dalam perjalanan satu persatu kejadian aneh menghampiri kami. Ketika malam pertama kami, hujan tidak menurunkan air tapi makanan yang melimpah membuat kami tidak lagi kelaparan. Ketika hari kedua, kami terluka kerana jalan tidak lagi senyaman dulu. Kasut kami berlubang-lubang sehingga mencapai tapak kaki kami, tiba-tiba memancur air keluar dari tanah. Ketika kami membasuh kaki kami, luka tersebut seketika sembuh tanpa meninggalkan bekas sama sekali.
Perkara ini berlanjut sehingga kami sampai di sebuah kawasan perumahan kosong, kami semua mendiami setiap rumah banglo tersebut dengan didalamnya dipenuhi dengan peralatan elektronik dan perabot lengkap. Ketika aku masuk kerumah dan melihat sekeliling sehingga menjejak lantai 3 rumah tersebut. Aku terbangun dari tidurku.


Ulasan
Catat Ulasan