Raya awal 2022
Raya Awal! Semua Riuh!!
Assalamualaikum semua, kalian apa khabar. Aku harap korang semua sihat. Pada hari ini pertepatan dengan raya ke-5 tahun 2021.Aku nak cerita tentang Perayaan Raya yang awal.
Untuk pengetahuan korang aku dengan keluarga aku ada buat ketupat & ketupat palas juga lauk Hari Raya.Malam sebelum hari raya pertama ayah & mak aku tengok lah tv nak tahu bila raya.Sekali diumumkan Hari raya pertama esok kelang kabut jadinya dengan rumah tak berkemas, order pesanan tak siap lagi.Kitaorang apa lagi cepat-cepat ambil daun ketupat anyam,mak aku ambil bahan nak sediakan lauk Hari raya.
Semua tak sangka yang esoknya raya. kalau dekat kalender tertera hari selasa.Sekali kena hari Isnin.Hahaha.Kitaorang semua tak tidur jadinya nak sipakan semua order pelanggan.Malam tu lepas je diumumkan raya esok.Bertubi-tubi telefon masuk dekat telefon ayah aku.Semua tanya tentang Order diorang.Alhamdulillah,nasib baik kitorang dapat selesaikan semua order.
Abang aku mula hantar order start pukul 3:00 pagi sampai pukul 11:00 pagi.Aku tengok semua dah macam zombie jalan perlahan,terhuyung hayang,mata dah macam panda.Hahaha.Bagi aku ni salah satu pengalaman lucu akulah.
Kalau korang macam mana pula?? Boleh tulis cerita korang dekat comment okay...Byee.


Ulasan
Catat Ulasan