Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Raya awal 2022

Imej
   Raya Awal! Semua Riuh!! Assalamualaikum semua, kalian apa khabar. Aku harap korang semua sihat. Pada hari ini pertepatan dengan raya ke-5 tahun 2021.Aku nak cerita tentang Perayaan Raya yang awal. Untuk pengetahuan korang aku dengan keluarga aku ada buat ketupat & ketupat palas juga lauk Hari Raya.Malam sebelum hari raya pertama ayah & mak aku tengok lah tv nak tahu bila raya.Sekali diumumkan Hari raya pertama esok kelang kabut jadinya dengan rumah tak berkemas, order pesanan tak siap lagi.Kitaorang apa lagi cepat-cepat ambil daun ketupat anyam,mak aku ambil bahan nak sediakan lauk Hari raya. Semua tak sangka yang esoknya raya. kalau dekat kalender tertera hari selasa.Sekali kena hari Isnin.Hahaha.Kitaorang semua tak tidur jadinya nak sipakan semua order pelanggan.Malam tu lepas je diumumkan raya esok.Bertubi-tubi telefon masuk dekat telefon ayah aku.Semua tanya tentang Order diorang.Alhamdulillah,nasib baik kitorang dapat selesaikan semua order. Abang aku mula hant...

Mimpi seram

Imej
MIMPI Hari ini bersamaan 17/7/22, aku telah bermimpi tentang sebuah bencana yang menerjang tempat tinggalku. Awal mimpiku bermula, ketika itu aku dan keluargaku sedang bersantai di halaman rumah seperti kebiasaannya. Aku dan ibuku duduk santai di bangku kayu didampingi abang dan kakakku di sisi kiri kami sedang bermain badminton. Oh ya, waktu ini berada di kisaran jam 5 ke 6 petang.  Ayah dan abang aku yang nombor 3 sedang menanam pokok kelapa di belakang. Maklumlah setelah membersihkan tanah tersebut, hendaklah ditanam dengan tumbuhan yang lain. Cerita utama bermula dari waktu ni. ketika bersantai-santai di waktu petang dengan secangkir teh. Tiba-tiba kami diterjang angin ribut yang sangat kuat, kami berasa takut ketika ini berlaku maklumlah kawasan kami tidak pernah berlaku sedemikian rupa.  Kami semua berlari masuk ke dalam rumah, berharap mendapat sedikit perlindungan. Tapi sangkaan kami salah sama sekali, ribut yang bergitu kuat telah menerbangkan rumah kami. Ketika itu, ...